Dec 21, 2008

TAHNIAH! MAWI & EKIN SEMOGA PANJANG UMUR...





Tahniah, semoga berkekalan sehingga anak-cucu. Hepi
honeymoon... korea dengar katanya..

Dec 16, 2008

Berbekam guna lintah... 16 Disember 2008 Selasa




Hari ini sampai KL agak awal.. 8.45pg..
Tut tut aku dah di kawasan mesjid india, kena
cari pesuruhjaya sumpah..agak awal, sesampai
di pejabat pesuruh jaya sumpah, masih berkunci,
lantas ingin ke tempat lain dulu, namun, bila
melihat disebelah pejabat pesuruhjaya sumpah itu, ada
kedai agak baru berniaga, Atan R Enterprise, rawatan
alternatif.. urutan guna lintah, berbekam, urut tradisional,
lantas, segera aku masuk..
Tidak menoleh belakang lagi selepas menceritakan keadaan
penyakit gout yang menghinggap kaki aku, aku bersetuju
berbekam guna lintah, jenis sawah, agak kecil...
5 ekor setiap kaki, aku mula berasa geli dan gatal..
selepas sejam, lintah yang kecil menjadi 5 kali saiz mulanya
hampir gugup melihat, besarnya lintah yang kekenyangan
hasil melintah kakiku...
Siap dibalut dan dicuci, aku bergegas ke pejabat sebelah.



LALUAN JARINGAN RAKYAT INGNKAN PERUBAHAN.....18 DIS 2008 DI PARLIMEN



Jadual semalam (15 Dis 2008 - Isnin), Tg Malim ke Rawang..

Aku bersama beberapa orang, berada di depan balai polis.
Agak riuh dengan bunyi hon kereta yang melalui depan balai polis
dan yang palih seronok, bila melihat masyarakat berbilang bangsa
datang memberikan sokongan...

HIdup PR, Hidup Anwar...

BELAJAR TERIMA KRITIKAN...

Apabila anda mengendalikan sesuatu kerja, pasti kerja itu mestilah yang terbaik mungkin. Namun, apabila ada orang lain membuat penilaian, ada yang tidak menepati citarasa mereka, mula lah cerita2 yang tidak senang tentang segala kelemahan. Beginilah terjadi apabila hasil kerja terdedah kepada umum dan orang ramai, maka kritikan bukan untuk membina, tetapi menjadi serangan peribadi untuk menjatuhkan sesaorang.Justru, sesaorang mesti menerima hakikat bahawa, kita semua tidak sempurna dan harus memperbaiki diri agar tidak lari dari kesilapan dan belajar sesuatu dari kesilapan itu.Justru, berikanlah pendapat dan pandangan agar tidak ianya berulang, tetapi jangan menabur fitnah.Justru, jangan adakan kritikan peribadi dan menjatuhkan airmuka atau memalukan sesaorang.Justru, jangan sampaikan dendam kesuma, tumpuan hanya pada kerja, kesilapan harus dibetulkan bukan dendam semata.Justru, setiap insan mungkin tidak sedar kesilapannya, atau tidak mendapat gambaran yang sebenarnya. Jika ada yang tidak menepati, jangan cepat melenting, beranilah menerima teguran dengan terbuka dan barulah dapat kita maju ke hadapan.Tidak guna kita hanya "syok sendiri" dengan hasil kerja kita, jika orang ramai tidak puashati dengan hasil tersebuT.Individu tidak penting, organisasi harus dipelihara dan dipertahankan. Biarlah semua orang dapat menafaatnya.