

Hari ini sampai KL agak awal.. 8.45pg..
Tut tut aku dah di kawasan mesjid india, kena
cari pesuruhjaya sumpah..agak awal, sesampai
di pejabat pesuruh jaya sumpah, masih berkunci,
lantas ingin ke tempat lain dulu, namun, bila
melihat disebelah pejabat pesuruhjaya sumpah itu, ada
kedai agak baru berniaga, Atan R Enterprise, rawatan
alternatif.. urutan guna lintah, berbekam, urut tradisional,
lantas, segera aku masuk..
Tidak menoleh belakang lagi selepas menceritakan keadaan
penyakit gout yang menghinggap kaki aku, aku bersetuju
berbekam guna lintah, jenis sawah, agak kecil...
5 ekor setiap kaki, aku mula berasa geli dan gatal..
selepas sejam, lintah yang kecil menjadi 5 kali saiz mulanya
hampir gugup melihat, besarnya lintah yang kekenyangan
hasil melintah kakiku...
Siap dibalut dan dicuci, aku bergegas ke pejabat sebelah.